(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Wednesday, November 08, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Usahawan Internet VS Usahawan Konvensional : Apa bezanya?

Usahawan Internet VS Usahawan Konvensional : Apa bezanya?
15 May 2006

Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit perbandingan di antara usahawan internet dan usahawan konvensional. Apakah bezanya di antara dua kategori ini? Banyak bezanya bahkan tidak kurang juga banyak persamaannya.

Perbezaan yang paling ketara adalah cara usaha atau perniagaan yang dilakukan. Usahawan internet melakukan di depan komputer, menggunakan kuasa internet dan kebanyakan perkara dilakukan oleh sistem (automatik). Maka, usahawan internet lebih banyak masa yang terluang untuk perkara-perkara yang lain seperti bersama keluarga, sosial atau apa sahaja. Berlainan pula dengan usahawan biasa ataupun offline, mereka perlu mengejar masa, kerana mereka perlu bersesak-sesak di jalan raya, perlu menepati masa, perlu berdepan dengan pelanggan, dan bermacam lagi. Sebaliknya usahawan internet hanya menggunakan emel, online chatting, support forum, newsletter dan lain-lain teknlogi untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Namun, bukan itu yang saya ingin tekankan pada kali ini. Tidak kisahlah anda menjadi usahawan siber ataupun offline sekalipun, ia tetap memerlukan usaha yang kuat, komitmen, kesungguhan, kerajinan, ilmu, strategi dan pelbagai lagi aspek yang lain. Inilah persamaan yang saya maksudkan. Walaupun menjadi usahawan internet itu lebih mudah, cepat dan rendah risikonya, namun jika anda tidak membuat perancangan, lemah di dalam mengatur strategi, tidak mengoptimumkan penggunaan ‘tools' dan lain-lain, maka hasil yang akan anda dapat adalah tidak memuaskan.

Pendek katanya, ciri utama di dalam usahawan internet dan usahawan konvensional adalah sama sahaja seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu adanya ciri pengurusan yang baik, istiqamah, tidak berputus-asa, belajar perkara yang baru dan pelbagai lagi. Itulah jiwa dan sifat dalaman pada seorang usahawan sepanjang zaman.. Berbaliklah kepada erti usahawan yang sebenar, insyaAllah anda akan menjadi usahawan internet yang berjaya.

Sumber: Laman Web smartusaha.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home