(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Tuesday, November 20, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Panduan Terbaik dari usahawan internet berjaya

saya pentingkan kualiti, dan semestinya saya juga inginkan yang terbaik untuk anda. banyak ebook yang berada dipasaran internet, tapi tak semuanya bagus. jadi, saya disini sebagai insan yang ada rasa tanggungjawab, akan membantu anda mendapatkan ebook yang berkualiti dan terbaik sahaja..diulangi, TERBAIK SAHAJA...

so, di sini, ada 2 ebook yang mesti anda miliki. iaitu ebook berkenaan panduan buat web jualan dan setup autoresponder di http://www.webjualan.com dan juga ebook sistem jana wang rahsia yang sungguh praktikal di http://www.sistemrahsia.com

2 ebook ini saya syorkan kerana saya sendiri dah milikinya..semuanya praktikal..apa yang dijanjikan pada salesletter mereka, itu yang pasti anda dapat. ini komen ikhlas saya. saya takkkan cadangkan kat sini kalau ebook ini boleh dianggap "sampah"

ini sahaja sumbangan saya pada anda yang baru nak cari duit cara betul dan halal.

k, jumpa lagi di lain post

Labels:

Monday, November 19, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Panduan FTP WAJIB anda miliki!!

kenapa wajib? siapa wajib kena ada panduan ini?

ini jawapan saya:

ia wajib di miliki kerana nak elakkan diri anda dari buang masa nak trial n error pasal benda mudah ini..saya berkata melalui pengalaman saya sendiri. alangkah bagusnya kalau panduan FTP ini keluar awal. tidaklah saya buang masa banyak gunakan cara manual upload file. Panduan ftp ini memamng lengkap. anda pasti akan didedahkan cara penggunaan maksimum ftp dalam perniagaan internet anda.

anda masih baru? ya, ini sangat2 la wajib dimiliki oleh anda. jangan buang masa seperti saya dahulu, kerana ada banyak lagi perkara penting yang perlu anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet ini. dapatkan ebook ftp ini, anda terus tahu pasal asas penting ini pada anda.

dapatkan dengan lawat web khas ftpcaramudah ini disini. jalan yang betul saya dah tunjukkan, terserah pada anda untuk bertindak bijak dengan mendapat ebook panduan ftp ini atau sebaliknya :)

Labels:

Sunday, October 28, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung
Oleh Orang Ringgit

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1: Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.”
–Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28

Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2: Bawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”
–Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36

Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

#3: Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.”
–Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26

Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

#4: Beriadah di rumah
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”
–Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25

Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

#5: Bayar bil kredit kad pada masanya
“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”
–Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23

Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun

Thursday, April 19, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

SIFUU atau SIFUKU?

Sebenarnya anda boleh capai blog ini dengan sifuku atau sifuu..sebab saya sudah create 2 url bagi memudahkan anda mengingati blog ini. Blog ini boleh dicapai melalui

http://sifuu.blogspot.com

atau

http://blog.sifuku.com

Buat masa ini, inilah blog rasmi bagi laman sifuku...ada perancangan sebenarnya untuk memiliki blog sendiri...tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, blog sifuku masih belum dapat dilancarkan... bila tiba masanya, saya akan umumkan disini ye..

selamat menimba ilmu di blog ini :)

Labels:

Tuesday, April 17, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

JANGAN BUAT LAGI!!

pada post kali ni, saya cuma nak menwar-warkan satu perkara yang selalu orang kita lakukan untuk menghormati, tapi sebenarnya ia telah menghina mereka.. apakah dia?? nak lebih jelas, boleh baca coretan dibawah.. say dapat maklumat ini dari kawan saya,.jadi saya letakkan disini supaya semua orang dapat maklumat ini

> Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam
> sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu
> panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
> dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang
> selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM'
> adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
> bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

> Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud
> 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

> Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia
> guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada
> manfaatnya.
> JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA
> SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Sunday, February 25, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

KEUNTUNGAN 300% DALAM MASA 15 BULAN!!!

KEUNTUNGAN 300% DALAM MASA 15 BULAN!!!

Oleh Hj. BAD


Wow, banyaknya. Labur RM1000 dalam masa 15 bulan boleh dapat RM3000! Teruja aku untuk melabur demi keuntungan dunia yang macam ini. Dan begitulah kita semua. Ghairah sungguh jika keuntungan dunia yang berlipat ganda dan segera, tanpa banyak usaha ni sampai kat telinga kita. Usaha sikit, untungnya banyaaakkk! Tu yang seronok didengar tu!! Maka kita pun seperti biasa sedari pagi bawa ke siang sedari petang bawa ke malam berfikir macam mana nak menambah rezeki dunia dengan cara yang paling mudah, cepat, pantas dan tanpa kena kapur (kencing?)


Tapi bagaimana dengan skim cepat kaya atau Skim Saham Akhirat yang bukan sahaja dijamin halal, bersih, tarak kena kapur, dianjur dan digalakkan oleh agama malah keuntungannya berlipat-lipat? Makan tak habis kononnya. Tak ghairah ke kita? Ghairahlah jugak sikit-sikit tapi sebab hasilnya dikutip di akhirat, maka ia bagi kita ianya masih dikira lambat, jauh dan tak segera!!!


Tak apa, jom kita main bayang-bayang. Bayangkan kita masuk share RM1000 untuk pembinaan sebuah surau. Dalam masa setahun terdirilah surau tersebut.


Bayangkan surau tersebut diguna untuk tujuan solat berjemaah, aktiviti pengajian fardu ain, majlis kebesaran islam, bina iman dan insan selama berpuluh dan mungkin beratus tahun, dan selama sekian tahun itu surau tersebut melahirkan sekian ramai mukmin yang sejati yang mendapat keredhaan Allah. Bayangkan mukmin-mukmin ini mengembangkan zuriatnya generasi demi generasi. Bayangkan segala usaha melahirkan insan ini sebahagiannya datang dari RM1000 yang kita laburkan. Alangkah mahalnya rezeki Allah yang bernilai RM1000 tersebut. Bayangkan disaat kita dah lamaaaa menjadi warganegara kubur(dimana kita tidak lagi boleh membuat amal pahala) tapi saham pahala dari surau itu terus mengalir untuk kita setiap masa dan ketika. Itulah yang dimaksudkan dengan saham akhirat. Hebatkan?


Bayangkan kalau pelaburan kita bernilai puluhan ribu ringgit dan dilabur bukan sahaja ke surau, masjid, rumah anak yatim dan orang tua, sekolah agama dan tahfiz, Yayasan Kebajikan dan sebagainya, tentulah pahala yang akan kita kutip dan kumpul tu banyak…berguni-guni….dan tak terhitung agaknya…


Tapi, sebut bab guni ni teringat aku akan kaitannya guni dan solat. Bayangkan seorang pekebun yang hendak mengumpul hasil duriannya ke dalam guni tetapi guni pulak bocor! Nak kumpul hasil cam mana? Jadi solat itu ibarat gunilah. Amal pahala dan kebaikan yang kita buat walau banyak manapun Allah tetap tak masuk account kalau solat kita abaikan. Jadi orang yang tak solat tu macam bawak guni bocorlah. Nak kutip pahala macam mana kalau guni bocor?


Oleh itu, jagalah solat kita sungguh-sungguh dan laburlah sebanyak-banyaknya ke dalam skim amal akhirat. Anda dijamin untung berguni-guni!!

Sumber= majalah Anis


Thursday, February 22, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Hukum ‘Perfume' Alkohol...BOLE PAKAI KER TIME SOLAT??

maaf kerana saya sudah lama jugak tak post apa2 coretan di sini...

antara sebabnya saya sibuk sedikit untuk siapkan tugasan untuk pelajaran saya sekarang nih..di samping itu, saya juga usaha untuk cari sesuatu perkara yang bermanfaat untuk di kongsikan dengan anda semua.

bagi persoalan di atas, saya yakin masih ramai yang meragui sama ada sah atau tidak memakai minyak wangi alkohol semasa hendak solat...

hukumnya sah dan harus...

ha,ni bukan saya yang pandai2 buat hukum...nak dapat lebih penjelasan, boleh klik disini

Labels: