(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Sunday, February 11, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

HASAD DENGKI DALAM BERNIAGA

Oleh : Farhah Abdullah

Suatu hari, kami singgah menikmati mee sup campur di gerai Kak Mazni (bukan nama sebenar). Dengan harga RM1.20, kami dapat menikmati banyak benda dalam semangkuk mee campur - bihun,mee, kuew tiau, bebola ikan, 4-5 keping hirisan daging, sayuran dan air lada yang dibuat sendiri! ABCnya pula hanya RM1 dan Macam-macam ada!. Ringkasnya, dengan hanya RM 2.20 seorang, kami kenyang sampai ke petang.

Walaupun harga minyak, gula dan sewa kedai naik, Kak Mazni tetap dengan harga mee sup campurnya. Saya tertanya-tanya dalam hati. “Boleh balik modal ke!” Tidak hairanlah, kedainya sentiasa penuh dengan pengunjung setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 petang.

Sebelum beredar, ibu saya sempat bertanyakan samada Kak Mazni ada cadangan mengembangkan perniagaan belaiau atau tidak. Dengan sugulnya, beliau berbisik “Dok Mok Su. Mungkin dok lamo lagi sayo nok tutup kedai ni” Kak Mazni berbisik sesuatu dengan ibu. Kata ibu saya,‘Sabarlah Maz, asal kito dok buat hudoh ko ore,sudoh. Doa banyok-banyok minto perlindungan.”

Dalam kereta, baru kami faham kemelut Kak Mazni. Ada pesaingnya amalkan sihir terhadap kedai beliau (dengan menanam sesuatu di tepi gerainya) agar orang nampak kedainya tutup. Pernah beliau menerima komen dari ramai pelanggan “Guano tutup gerai sokmo, 4 hari doh ni.” Sedangkan beliau tidak pernah menutup kedainya. Minggu itu, beliau rugi teruk sebab tiada siapa datang ke kedainya.

Ini satu lagi contoh usahawan yang tidak senang tengok rakan usahawan lain senang dalam perniagaan. Kalau orang lain berniaga gerai makan tomyam, maka yang lain turut berniaga gerai makan tomyam di tempat yang sama. Lebih teruk lagi, buat taktik kotor yang tentunya mempunyai unsur syirik dan menjauhkan keberkatan. Apa salahnya, kalau seorang buka kedai makan tomyam, yang lain buka kedai menjual bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk penyediaan masakan tomyam.

Ann Wan Seng dalam bukunya bertajuk “Konsep Busines Orang Cina” mengenengahkan prinsip simbiosis dalam komuniti peniaga Cina. Sikap hormat-menghormati, saling membantu dan tidak tunjuk lagak menjadi rahsia perniagaan orang Cina berkekalan sehingga ke anak cucu. Orang Cina tidak suka “makan sorang”atau sikap mementingkan diri sendiri. Konsep ini penting demi kejayaan ekonomi sesebuah bangsa.

Fikirkanlah...

SUMBER: EZINE INFOUSAHAWAN.untuk lebih banyak kandungan, sila klik disini

1 Comments:

  • Hm...ada jugak yek macam tu. Saya pernah dengar cerita-cerita macam ni, tapi kat TV ngan majalah la. Memula ingatkan rekaan je (sebab ianya kearah ketahyulan). Tapi bila keluar balik cerita macam ni, terasa jugakla kebenaran die.

    Tapi kat internet lain pulak. Kalau dengki orang akan guna satu ilmu 'tahyul' ni, nama dia 'hacking'. Haha, macam2 perangai orang Melayu ni.:)

    AmirulFaisyal,

    By Anonymous Anonymous, at 9:05 AM  

Post a Comment

<< Home