(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Sunday, December 24, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

BAGAIMANA HINDARI KAKI BERBAU

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tip bagaimana untuk menghindari kaki dari berbau yang…..(sendiri fahamlah ;) )

1)Jaga kebersihan kaki

Langkah awalan ini sangat penting untuk menjamin kaki sentiasa segar dan bersih. Justeru, rajin-rajinkan diri anda membersihkan bahagian jari jemari kaki anda sekerapnya iaitu setiap kali mandi.

2)Elakkan guna pewangi kaki

Jangan sesekali gunakan pewangi untuk menghindarkan bau kaki. Bukan aper, bau wangi tu pasti tidak akan bertahan lama, dan kemungkinan besar ia akan menghasilkan bauan yang saaangat “wangi” pulak ;)

3)Jangan pakai stokin semua dalam satu.

Maksudnya, kita jangan hanya memakai satu stokin yang sama setiap hari. Banyakkan koleksi stoking anda. sebab bakteria yang terperangkap pada stoking akan membiak dan dan menyebakan kaki anda rosak dan berbau. Selepas pakai, basuhlah stoking tu yer, jangan dah seminggu baru nak basuh ;).

4)Elakkan makanan pedas

Ini kerana ia boleh menyebabkan tubuh kita berpeluh. Bahan makanan yang dapat merangsang peluh pada bahagian kaki akan menyebabkan bakteria atau klat mudah melekat.

So, selamat mempraktikkannya ;)

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home