(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Sunday, January 14, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

Telefon bimbit: Tetap dilarang di sekolah

sumber: portal pendidikan utusan.

MARZITA ABDULLAH

KEMENTRIAN Pelajaran percaya kebanyakan pelajar membawa masuk telefon bimbit ketika aktiviti kokurikulum tanpa disedari oleh guru. _ Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pelajaran tetap melarang pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah walaupun wujud kes telefon berkenaan menjadi bahan bukti dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, keputusan kementerian jelas bahawa telefon bimbit akan dirampas jika pelajar menggunakannya dalam kawasan sekolah.

Namun begitu beliau tidak menafikan bahawa berlaku kes pelajar secara `menyeludup' membawa masuk telefon bimbit ke sekolah.

``Ini memang berlaku terutama jika ada aktiviti kokurikulum dan kita percaya kejadian pelajar membawa masuk telefon bimbit di sekolah terbabit tidak diketahui oleh pihak sekolah,'' katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak pelajar di sekolah berasrama penuh yang membawa telefon bimbit ke sekolah masing-masing.

``Tetapi seperti yang telah kita tegaskan bahawa guru mempunyai kuasa untuk merampas telefon itu jika pelajar didapati menggunakannya dalam kawasan sekolah,'' tegas beliau.

Dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Kota Tinggi itu, seorang pelajar telah merakam kejadian pelajar tingkatan satu yang dibelasah oleh seorang pelajar lain.

Rakaman yang dibuat melalui telefon bimbit itu berjaya dikesan apabila guru di sekolah merampas telefon berkenaan setelah menahan sekumpulan pelajar yang sedang asyik menonton rakaman tersebut.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah pernah menjadi isu sehingga Kementerian Pelajaran menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di semua sekolah termasuk berasrama penuh serta merta.

Keputusan itu dibuat kerana kementerian mendapati guru dan ibu bapa tidak bersedia memikul tanggungjawab serta memantau penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.

Sebelum itu, kementerian berkenaan pernah mengeluarkan arahan pada Januari lalu membenarkan para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah berkuat kuasa secepat mungkin.

Kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Mengikut kenyataan itu, pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit sebelum waktu persekolahan bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.

p/s-adakah anda merasakan perlunya telefon bimbit dibenarkan dibawa oleh pelajar ke sekolah? saya yakin pasti ada pandangan pro dan kontra. bagi saya, ia perlu tapi biarlah di kawal. contohnya setiap pelajar yang membawa telefon bimbit hendaklah menyerahkan telefon bimbit mereka pada guru kelas masing-masing ketika di sekolah. dan telefon bimbit hanya boleh di ambil ketika tamat persekolahan. mungkin agak menyusahkan , tapi ia penting supaya pelajar tidak mengabaikan pelajaran mereka. ini kerana kebanyakan mereka selalu leka dengan telefon bimbit mereka disebabkan tahap kematangan mereka yang rendah.apa pandangan anda?