(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Friday, November 17, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

TELEFON BIMBIT HILANG KER...BIARKAN....



Mungkin tajuk coretan kali ni di blog SIFUU agak kontroversi sikitla...mungkin ada yang fikir saya ni tidak menghargai barang berharga seperti telefon bimbit tu...tapi saya harap anda jangan membuat andaian tau sebelum membaca abis artikel ni.. saya sangat2 menghargai telefon bimbit saya tu walaupun buruk jer...kalau yang jenis baru, lagilah sayang sampai tido pun masih bersama telefon bimbit tu kan ;)... tapi kadang2, telefon bimbit yang kita pakai tu di minati oleh seseorang...sentiasa menunggu peluang untuk mencurinya...dan mungkin "rezeki" dia,dapat jugak dia curi telefon bimbit anda...apa yang anda rasakan bila berlaku seperti itu..geram,tensen... saya ada tips untuk kurangkan geram anda tu...dan supaya telefon bimbit tu bukanlah "rezeki" pencuri tu... nak tahu bagaimana?..mudah jer, dengan menjadikan telefon bimbit tu x berguna lagi...cara ni hendaklah anda lakukan sekarang terutama yang ada telefon bimbit mahal2 tu...

Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai satu nombor siri IMEI..nombor siri IMEI setiap telefon bimbit adalah berlainan...bagaimana nak tengok nombor?..mudah jer...pada telefon bimbit anda, anda tekan simbol dan nombor berikut:

*#06#
Taip tanpa ruang kosong yer(star,hash,kosong,enam,hash)

Selepas anda taip nombor tu,anda akan dapat melihat no siri yang mempunyai 15 digit bagi hanset anda itu...simpan yer di mana-mana yang mudah anda ambil dikala diperlukan...jikalau telefon bimbit anda hilang(harap2 tidaklah), anda hendaklah melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit, contohnya maxis,celcom dan digi..berikan nombor siri berikut kepada mereka supaya disenaraihitamkan...sekiranya pencuri telefon bimbit itu menukar kad sim sekalipun, mereka masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit tu sebab telah di halang penggunaan... barulah rasa puas hati sikit kan..

Jadi, marilah bertindak sekarang..tolong sebarkan pada kawan2 yang belum tahu...supaya kita dapat mengurangkan kes-kes kehilangan telefon bimbit...Diharap info ini dapat menjadikan diri anda tidak terlalu tensen kalau telefon bimbit anda hilang...

Ok,lakukanlah sekarang yer sementara telefon bimbit anda masih selamat ditangan anda :)

p/s-saya dapat maklumat ni dari member friendster saya...

p/s-dapatkan pelbagai info berguna di http://sifuu.blogspot.com

Wednesday, November 15, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

CARA NAK TAU RANKING WEBSITE..

salam sejahtera pada pembaca sekalian...
kali ni saya nak berkongsi dengan anda cara untuk mengetahui di manakah ranking website
yang kita buat. xkisahla website anda itu untuk peribadi, bisnes, forum...kalau anda mahu tahu ranking anda,anda boleh melayari web ini http://www.googlerankings.com

disitu,kita boleh tahu di mana status website kita...
mungkin ada yang nak tahu bagaimana caranya untuk mendapat ranking diantara yang teratas...saya ada jumpa satu artikel dari salah seorang business internet yang berkongsi petua bagaimana hendak mendapat ranking yang teratas dalam serch enjin...di lain post,saya akan post kat sini..sori yer, saya tengah exam sekarang..xsempat nak cari lagi website2 dan kongsikan dengan pembaca SIFUU sekalian...

jumpa di lain artikel di web SIFUU ini :)....

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19