(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Friday, December 29, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

TAHUKAH ANDA KEBAIKAN SUJUD DIDALAM SOLAT?





Untuk tulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang hikmah dan kebaikan disebalik perbuatan sujud di dalam solat. Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang tidak terjangkau di minda kita. Disini saya menyenaraikan beberapa kebaikan yang telah ditemui oleh pakar disebalik perbuatan sujud ketika solat:

1)Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2)Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3)Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

4)Melegakan paru-paru ketika ketegangan

5)Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa

6)Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7)Memberi dorongan supaya mudah tidur

8)Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

9)Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

10)Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit gelombang perut.

Setakat ini sahaja yang dapat saya dedahkan dalam coretan ini. Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan hikmat sujud ketika sembahyang. Dan yang paling penting, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan yang maha pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Sunday, December 24, 2006

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

BAGAIMANA HINDARI KAKI BERBAU

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tip bagaimana untuk menghindari kaki dari berbau yang…..(sendiri fahamlah ;) )

1)Jaga kebersihan kaki

Langkah awalan ini sangat penting untuk menjamin kaki sentiasa segar dan bersih. Justeru, rajin-rajinkan diri anda membersihkan bahagian jari jemari kaki anda sekerapnya iaitu setiap kali mandi.

2)Elakkan guna pewangi kaki

Jangan sesekali gunakan pewangi untuk menghindarkan bau kaki. Bukan aper, bau wangi tu pasti tidak akan bertahan lama, dan kemungkinan besar ia akan menghasilkan bauan yang saaangat “wangi” pulak ;)

3)Jangan pakai stokin semua dalam satu.

Maksudnya, kita jangan hanya memakai satu stokin yang sama setiap hari. Banyakkan koleksi stoking anda. sebab bakteria yang terperangkap pada stoking akan membiak dan dan menyebakan kaki anda rosak dan berbau. Selepas pakai, basuhlah stoking tu yer, jangan dah seminggu baru nak basuh ;).

4)Elakkan makanan pedas

Ini kerana ia boleh menyebabkan tubuh kita berpeluh. Bahan makanan yang dapat merangsang peluh pada bahagian kaki akan menyebabkan bakteria atau klat mudah melekat.

So, selamat mempraktikkannya ;)

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!