(::::::::::>> Blog SIFUU <<::::::::::)

Sunday, February 25, 2007

Pakej Web Jualan

> http://www.webjualan.com

KEUNTUNGAN 300% DALAM MASA 15 BULAN!!!

KEUNTUNGAN 300% DALAM MASA 15 BULAN!!!

Oleh Hj. BAD


Wow, banyaknya. Labur RM1000 dalam masa 15 bulan boleh dapat RM3000! Teruja aku untuk melabur demi keuntungan dunia yang macam ini. Dan begitulah kita semua. Ghairah sungguh jika keuntungan dunia yang berlipat ganda dan segera, tanpa banyak usaha ni sampai kat telinga kita. Usaha sikit, untungnya banyaaakkk! Tu yang seronok didengar tu!! Maka kita pun seperti biasa sedari pagi bawa ke siang sedari petang bawa ke malam berfikir macam mana nak menambah rezeki dunia dengan cara yang paling mudah, cepat, pantas dan tanpa kena kapur (kencing?)


Tapi bagaimana dengan skim cepat kaya atau Skim Saham Akhirat yang bukan sahaja dijamin halal, bersih, tarak kena kapur, dianjur dan digalakkan oleh agama malah keuntungannya berlipat-lipat? Makan tak habis kononnya. Tak ghairah ke kita? Ghairahlah jugak sikit-sikit tapi sebab hasilnya dikutip di akhirat, maka ia bagi kita ianya masih dikira lambat, jauh dan tak segera!!!


Tak apa, jom kita main bayang-bayang. Bayangkan kita masuk share RM1000 untuk pembinaan sebuah surau. Dalam masa setahun terdirilah surau tersebut.


Bayangkan surau tersebut diguna untuk tujuan solat berjemaah, aktiviti pengajian fardu ain, majlis kebesaran islam, bina iman dan insan selama berpuluh dan mungkin beratus tahun, dan selama sekian tahun itu surau tersebut melahirkan sekian ramai mukmin yang sejati yang mendapat keredhaan Allah. Bayangkan mukmin-mukmin ini mengembangkan zuriatnya generasi demi generasi. Bayangkan segala usaha melahirkan insan ini sebahagiannya datang dari RM1000 yang kita laburkan. Alangkah mahalnya rezeki Allah yang bernilai RM1000 tersebut. Bayangkan disaat kita dah lamaaaa menjadi warganegara kubur(dimana kita tidak lagi boleh membuat amal pahala) tapi saham pahala dari surau itu terus mengalir untuk kita setiap masa dan ketika. Itulah yang dimaksudkan dengan saham akhirat. Hebatkan?


Bayangkan kalau pelaburan kita bernilai puluhan ribu ringgit dan dilabur bukan sahaja ke surau, masjid, rumah anak yatim dan orang tua, sekolah agama dan tahfiz, Yayasan Kebajikan dan sebagainya, tentulah pahala yang akan kita kutip dan kumpul tu banyak…berguni-guni….dan tak terhitung agaknya…


Tapi, sebut bab guni ni teringat aku akan kaitannya guni dan solat. Bayangkan seorang pekebun yang hendak mengumpul hasil duriannya ke dalam guni tetapi guni pulak bocor! Nak kumpul hasil cam mana? Jadi solat itu ibarat gunilah. Amal pahala dan kebaikan yang kita buat walau banyak manapun Allah tetap tak masuk account kalau solat kita abaikan. Jadi orang yang tak solat tu macam bawak guni bocorlah. Nak kutip pahala macam mana kalau guni bocor?


Oleh itu, jagalah solat kita sungguh-sungguh dan laburlah sebanyak-banyaknya ke dalam skim amal akhirat. Anda dijamin untung berguni-guni!!

Sumber= majalah Anis


0 Comments:

Post a Comment

<< Home